untitled
viviti

LAMAN UTAMA :: ALUAN KS :: PROFIL SPPIM :: ORGANISASI :: KURIKULUM :: DAKWAH :: j-QAF :: SEKOLAH :: FORUM :: DOWNLOAD :: GALERI ::MAKLUM BALAS :: PETA LAMAN
 

.:: INFO SPPIM ::.

 

 

 

Pihak pengurusan Laman Web SPPIM JPN Kedah amat mengalu-alukan sebarang cadangan membina, sumbangan idea dan tenaga serta artikel dan gambar yang berkaitan untuk dimuatkan dalam Laman Web ini. Sebarang maklumat atau berita boleh diemelkan terus kepada webmaster myakhimizi@yahoo.com  atau sppimkedah@yahoo.com 

 
 
 

POWERED BY:

 

.:: WEBMASTER ::.

sppimkedah@yahoo.com 

 

 

.:: Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ke Laman Web Rasmi Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman... semoga anda beroleh maklumat yang berguna sepanjang melayari laman web SPPIM JPN Kedah Website Online ini...Pihak pengurusan Laman Web SPPIM JPN Kedah amat mengalu-alukan sebarang cadangan membina, sumbangan idea dan tenaga serta artikel dan gambar yang berkaitan untuk dipublikasi dalam Laman Web ini. Sebarang maklumat atau berita boleh diemelkan terus kepada webmaster myakhimizi@yahoo.com  atau sppimkedah@yahoo.com  Wassalam ::. [webmaster]

:: PROGRAM j-QAF ::


PENGENALAN

Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain yang dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus digunakan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada.

Murid-murid istimewa dalam sistem pendidikan khas juga akan dilibatkan dalam program j-QAF. Pelaksanaan ini memerlukan tenaga guru yang khas, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, bahan-bahan sokongan dan insentif yang khas serta kemudahan-kemudahan lain.

MODEL ENAM BULAN

Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang Asuhan Tilawah al?Quran pada masa ini. Namun ia tidak menekankan pembelajaran sehingga khatam al-Quran kerana ia memerlukan bimbingan berterusan daripada bilangan guru yang sesuai dengan nisbah murid yang menepati pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Oleh itu Pendidkan Islam pada masa ini hanya menjurus kepada kebolehan membaca sahaja manakala aspek khatam tidak ditekankan di sekolah tetapi menyerahkannya kepada masyarakat.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran dilaksanakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dengan menggunakan peruntukan waktu PI sedia ada. Model ini akan menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah (iaitu satu kaedah pembelajaran secara bersemuka dengan guru bagi mendengar, membetul kesalahan dan menyebut semula dengan baik dan lancar). Murid yang belum menguasai bacaan al-Quran dibimbing dengan kaedah IQRA?, sementara yang telah menguasainya diteruskan menggunakan model khatam al-Quran modul 6 bulan.

Model 6 Bulan Khatam al-Quran akan menggunakan waktu PI sebanyak 4 masa dalam tempoh 6 bulan pertama tahun persekolahan. Pada masa yang sama bagi murid yang belum menguasai bacaan al-Quran akan meneruskan kaedah IQRA?. Pada 6 bulan kedua pengajaran al-Qur?an menggunakan 3 waktu untuk tahun 1 dan 2 waktu pada tahun 2 hingga 6.

MODEL TASMIK

Model Tasmik Khatam al-Quran pula dilaksanakan di luar waktu persekolahan normal mengikut kesesuaian dan keupayaan murid serta dengan persetujuan ibu bapa mereka dan kesediaan guru pembimbing yang terdiri daripada GURU-GURU j-QAF. Model Tasmik pelaksanaannya adalah di luar jadual waktu persekolahan.

MODEL PERLUASAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI

Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang sedang dilaksanakan secara terhad pada masa ini di sekolah-sekolah kebangsaan akan diperluaskan pelaksanaannya di semua sekolah. Status mata pelajaran ini adalah sebagai mata pelajaran pilihan. Walau bagaimanapun murid diwajibkan memilih BAK sekiranya tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina dan Tamil. Peruntukan waktu adalah 60 minit seminggu dan diajar oleh guru Bahasa Arab yang dilantik khusus. Model ini diperjelaskan dalam Buku Panduan Model-model Pengajaran dan ko-kurikulum dalam bahagian Model Peluasan Perlaksanaan Bahasa Arab Komunikasi.

Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi akan dilaksanakan sepertimana pelaksanaan BAK sebagai bahasa tambahan di SK pada masa ini, iaitu selama dua waktu seminggu. Ia diajar bersama-sama dengan mata pelajaran Bahasa Cina Komunikasi dan Bahasa Tamil Komunikasi.

MODEL KELAS PEMULIHAN JAWI

Jawi adalah sebahagian daripada komponen pendidikan Islam dan mula dilaksanakan pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 2 waktu seminggu pada 6 bulan pertama di tahun satu. Laporan pemantauan mengenainya mendapati penguasaan bacaan dan tulisan Jawi perlu dibaiki lagi. Ini bermakna jawi dalam pendidikan Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan. Oleh itu pemulihan Jawi dalam j-QAF menjadi keutamaan khasnya kepada murid tercicir supaya semua murid boleh menguasai Jawi setelah diberi bimbingan secara berterusan.

Model Kelas Pemulihan Jawi akan diajar oleh guru khas pemulihan jawi dalam waktu yang sama dengan kelas jawi biasa di semua sekolah dengan menggunakan modul pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Semua sekolah hendaklah menubuhkan Kelab Seni Tulisan Jawi dan menjalankan aktiviti pengukuhan di peringkat sekolah dengan menyediakan bahan-bahan bacaan tambahan yang bersesuaian serta mempertingkatkan penggunaan kemudahan ICT sedia ada.

Kelas Pemulihan Jawi dijalankan serentak dengan waktu pengajaran jawi murid-murid biasa. Dalam tempoh 6 bulan pertama tahun 1 jawi di ajar selama 2 waktu seminggu. Selepas itu ia di ajar selama 1 waktu seminggu.

MODEL BESTARI SOLAT

Ramai ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anak-anak mereka terhadap amalan Fardu Ain terutama dalam hal ibadah mendirikan solat.

Pelaksanaannya selama dua hari tanpa bermalam dengan kekerapan 4 kali setahun. Ia dikategorikan sebagai aktiviti kokurikulum PI dan dimasukkan dalam takwim sekolah. Pelaksanaannya juga memerlukan kerjasama semua pihak terutama penglibatan PIBG, guru-guru sedia ada di sekolah dan tidak semata-mata diserahkan kepada guru pendidikan Islam.

Model Bestari Solat akan dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ia dilaksanakan 4 kali setahun.

 

 KLIK UNJURAN

UNTUK MEMBACA MAKLUMAT j-QAF DI NEGERI KEDAH

 

 

ISI BUKU PELAWAT :: LAMAN UTAMA >>>

 

 

 

 

.: LOGO :.

 

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA
Tel: 603-8884 6000 Faks: 603-8889 5235 Website: http://www.moe.gov.my

JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH,
KOMPLEKS PENDIDIKAN JLN. STADIUM,
05604 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
No.Tel:04-7331311 No.Faks:04-7317242
Emel : jpnkedah@gmail.com 
Website: http://kedah.edu.my/

 

 

 
 

.: RANGKAI PAUTAN:.

 

 
 
LAMAN UTAMA :: ALUAN KS :: PROFIL SPPIM :: ORGANISASI :: KURIKULUM :: DAKWAH :: j-QAF :: SEKOLAH :: FORUM :: DOWNLOAD :: GALERI ::MAKLUM BALAS :: PETA LAMAN
SEKTOR PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAN DAN MORAL,
JABATAN PELAJARAN NEGERI KEDAH, KOMPLEKS PENDIDIKAN JALAN STADIUM, 05604 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN.
No.Tel:04-7007676 No.Faks:04-7317496 Emel : sppimkedah@gmail.com
Hakcipta Terpelihara 2007 © SPPIM JPN Kedah [resolusi terbaik iEv5 1280 X 800]
PENAFIAN:
SPPIM tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan
oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Web Hosting · Blog · Guestbooks · Message Forums · Mailing Lists
Easiest Website Builder ever! · Build your own toolbar · Free Talking Character · Email Marketing
powered by a free webtools company bravenet.com